Saturday 19 March 2011

Otak Celaru!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah lama aku tak kemaskini blog ini disebabkan sibuk dengan hal dunia ( sibuk la sangat )....hahahaha....Biasa la student la katakan ( buwekkkk ) nyampah dengar.

Sekarang nie memang serabut otak memikirkan pasal final projek yang tertangguh dan minggu depan dah nak present kt lecterur tapi tak siap2 lagi ( apa nak jadi ). Nie semua disebabkan kurangnya semangat dan komunikasi dalam kumpulan menyebabkan kerja tertangguh. Nie pon aku update bog, curi2 tunggu member aku sb nak mintak tolong dia drill buat lubang kat papan plywood projek aku. Nie pengajaran bagi orang yang suka buat kerja last2 minit.

Habis projek nie nak kena submit report projek pulak, banyak yang tak siap lagi aduihhhhh....macam mana nak buat nie? Aku harap semua kerja nie dapat berjalan dengan lancar dan efisien. Bukannya apa dah lama aku tak sentuh buku dan buku aku dah rindu ya amat sangat ngan aku, hari2 panggil aku dalam mimpi ( baca boleh percaya jangan ) sebab aku dah tak ingat dia lagi.

Lepas final projek nie nak kena ready untuk final exam pulak tinggal 3 minggu lagi saja. Memang pening aku dibuatnya tapi tak mengapa sebab lepas nie aku dah merdeka buat sementera waktu kerana aku dh tamat daripada menduduki diploma automotif ( hureyyyyyyyyyy ). Aku harap perancangan lepas diploma yang aku dh buat berjalan dengan biasa ( amin ).