Friday, 18 February 2011

Temuduga TUDM 2011 ( Perajurit Muda - Lelaki )



 Sapa2 yg bajet tough ataupon kebai boleh la pi interview nie. Mcm yg suka kerjaya dengan cabaran boleh join jd anggota TUDM. Temuduga ni diadakan mengikut zon dan tarikh tertentu dan diadakan di semenanjung Malaysia saja. Kalau member2 kt yg dok kt sabah sarawak 2.....hampa kena fly la mai semenanjung......tak pa berkorban dengan masa depan gak dan utk tanah air kita.....hahahahaha....

Nie aku nak bg tarikh interview ( cepat2 salin2 ).......

Nanti dulu.....sebelum 2 kalau hampa nak pi interview check la dulu diri hampa dulu, sesuai ka dak.....aduihhhhh  xkan la baru nak jejak kaki nak isi borang dh kena halau sb x menepati keriteria.....hampa jd doktor utk diri sendiri dulu check tinggi, berat, ukuran dada, rabun ka dak ( spikey ), ada asthma atau penyakit kronik, lari boleh dak kalau setakat lari 20m dh mcm nk terkeluaq biji mata baik x payah pi interview la ( malu kt org ).



@KELAYAKAN AKADEMIK

>Syarat kelayakan diberi kepada calon2 yg lulus di peringkat SPM/SPMV seperti berikut:
>Tred juruteknik, sistem udara dan sistem darat ( kepujian Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
   Matematik dan sains di peringkat SPM/SPMV )
>Lain-lain Tred ( kepujian dalam Bahasa Melayu, lulus Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains di
   peringkat SPM/SPMV )


@LAIN-LAIN KELAYAKAN

>Warganegara Malaysia ( muka mcm Bangla x pa asaikan rakyat Malaysia ) 
>Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 23 tahun pada 1 julai 2011
>Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota
>Penglihatan baik ( mat spikey mcm aku mmg x dpt ) dan tidak rabun warna ( diuji di pusat pemilihan)
>Ukuran badan minima

   Tinggi = 157cm
   Berat = 47.5kg
   BMI = 18-25
   Ukuran Dada = 76cm-81cm


@SIJIL DAN DOKUMEN

calon-calon dikehendaki membawa bersama salinan asal dan satu salinan fotostat dokumen berikut:

>Sijil SPM/SPMV dan PMR
>SKM tahap 2 keatas
>Kad Pengenalan
>Sijil Kelahiran
>Sijil berhenti sekolah
>Lain-lain sijil kemahiran jika ada (hampa bawak la sijil2 masa pertandingan minum milo ka..apa2 ja)
>Bawa sekeping gambar warna ukuran pasport tidak dikembalikan.
>Sampul surat berukuran 5" x 9" beralamat sendiri serta setem RM 1.00


PERINGATAN:

Sila hadir dengan berpakaian sukan, baju T berkolar, seluar trek, berkasut dan berstokin di pusat-pusat pemilihan yg di berikan ( hampa tgk jadual kt bawah nie )

Masa pendaftaran: 8:30pg hingga 9:00pg


@ZON UTARA

19 Feb 2011        Perak        Sek men keb Darul Ridwan, Taiping

20 Feb 2011        Pulau Pinang        Dewan sri bayu, Teluk Air Tawar, Butterworth

21 Feb 2011        Perlis        Sek Men Keb Arau, Arau

22 Feb 2011        Kedah        Sek Men Keb Dato Syed Ahmad, Kuala Nerang

23 Feb 2011        Kedah        Sek Model Khas, Baling

24 Feb 2011        Perak         Sek Men Vokasional Slim River, Slim River


@ZON PANTAI TIMUR

12 Mac 2011        Pahang        Dewan DSA Pangkalan Udara, Kuantan

13 Mac 2011        Terengganu        Sek Men Teknik Dungun, Dungun

14 Mac 2011        Terengganu        Sek Men Keb Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terangganu

15 Mac 2011        Kelantan        Sek Men Keb Dato Ahmad Maher, Kota Bharu

16 Mac 2011        Kelantan        Sek Men Keb Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai

17 Mac 2011        Pahang        Sek Men Keb Clifford, Kuala Lipis


@ZON SELATAN

16 April 2011        Johor        Sek Men Keb Seri Aman, Kota Tinggi

17 April 2011        Johor        Sek Men Keb Tinggi Segamat, Segamat

18 April 2011        Melaka        Sek Men Pay Fong

19 April 2011        Negeri Sembilan        Sek Men Keb Tuanku Muhammad, Kuala Pilah


@ZON TENGAH

25 April 2011        Selangor        Sek Men Keb Sri Tanjung, Kuala Selangor

26 April 2011        Selangor        Sek Men Keb Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang

Hampa tgk la jadual tempat mana sesuai nak pi interview......aku igtkan lg skli check dulu diri hampa sebelum pi interview takut2 buang masa hampa ja......ok semoga berjaya.


 

No comments:

Post a Comment